fbpx

Ahmad Fuzi dilantik YDP Pulau Pinang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fuzi.

GEORGE TOWN – Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak diumum sebagai Tuan Yang Terutama Yang Dipertua (YDP) Negeri Pulau Pinang kelapan, hari ini.

Beliau akan menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang berkhidmat selama 20 tahun sebagai YDP Negeri Pulau Pinang ketujuh.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu kini adalah Ketua Setiausaha World Islamic Economic Forum Foundation (WIEF) serta menjawat beberapa jawatan lain di pelbagai organisasi dalam dan luar negara.

Menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, Ahmad Fuzi menerima warkah daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertarikh 8 April lalu mengenai pelantikan tersebut.

“Menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menguruskan segala upacara dan istiadat pelantikan berkaitan dengan sebaik mungkin serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) digariskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga akan memastikan proses peralihan ini berjalan dengan lancar,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini hari ini.

Beliau berkata, majlis penyerahan watikah akan diadakan pada 30 April ini di Istana Negara, manakala Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang akan berlangsung pada 1 Mei di Dewan Sri Pinang di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI