SEBERANG PERAI – Kesemua surau dan masjid di daerah Seberang Perai Utara (SPU) yang menjalankan solat sunat Aidiladha dan ibadat korban pada hari ini didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, sebanyak 16 pasukan dengan 35 keanggotaan dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat membuat pemantauan pematuhan SOP selain 18 pasukan dengan 61 keanggotaan membuat pemantauan penjarakan sosial.
“Sebanyak 35 masjid dan surau melakukan solat sunat Aidiladha serta sembilan buah masjid dan surau menjalankan ibadah korban.
“Dalam pemantauan kami melibatkan keanggotaan 55 orang, didapati kesemua masjid dan surau mematuhi SOP,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE