fbpx

52 PATI bertempiaran lari elak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa imigresen menahan salah seorang PATI yang cuba melarikan diri ketika serbuan, hari ini.

GURUN – Seramai 52 pendatang asing tanpa izin (PATI) bertempiaran lari selepas penguat kuasa imigresen menyerbu sebuah kilang pembuatan besi dan logam di Jalan Bedong, di sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 pagi itu, seramai 232 pekerja kilang termasuk warga asing diperiksa.

Ia melibatkan seramai 140 orang warga tempatan, 77 warga Myanmar, 10 warga Nepal, tiga warga Yaman serta masing-masing seorang Indonesia dan China.

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, operasi yang mengambil masa lebih dua jam itu melibatkan seramai 121 penguat kuasa imigresen dari Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang.

“Operasi ini hasil maklumat orang awam dan pegawai risikan telah dihantar sebelum operasi ini dijalankan.

“Secara keseluruhan 232 orang pekerja telah diperiksa, mereka terdiri daripada warga Indonesia (140), Myanmar (77), Nepal (10), tiga Yaman serta masing-masing seorang Indonesia dan China,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelasnya, daripada jumlah itu, seramai 52 PATI ditangkap iaitu 39 warga Myanmar, 10 warga Nepal, dua warga Yaman serta seorang warga Indonesia.

“Mereka ditahan atas dua kesalahan iaitu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas sosial dengan bekerja tanpa permit sah,” jelasnya.

Menurutnya, pihaknya juga mendapati ada yang sempat melarikan diri ke kawasan semak berdekatan berikutan kawasan kilang yang luas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI