fbpx

Kemudahan internet lebih baik buat penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penduduk di Kampung Mengkapon, Pitas dekat Kudat, Sabah bakal menikmati kemudahan jaringan telekomunikasi yang lebih baik selepas ini apabila proses pembinaan menara telekomunikasi baharu di kampung berkenaan siap sepenuhnya, Ogos ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi satu kenyataan berkata, pembinaan menara berkenaan yang dilaksanakan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) itu akan memanfaatkan penduduk sekaligus mentransformasikan kehidupan mereka dalam mengharungi era digital yang semakin pesat.

“Kesalinghubungan internet yang lebih baik susulan pembinaan menara telekomunikasi baharu itu dijangka melonjakkan taraf hidup penduduk setempat selain memudahkan penduduk untuk melaksanakan pelbagai urusan harian dan mempelbagaikan sumber pendapatan mereka.

“Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Seri Dr. Ruddy Awah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas bersama-sama dengan pihak MCMC turut berpeluang mengadakan lawatan kerja ke Kampung Mangkapon baru-baru ini untuk memantau kerja-kerja pembinaan di situ,” ujarnya.

Jelas kenyataan itu lagi, dalam lawatan kerja itu, MCMC dan pihak penyedia perkhidmatan yang dilantik turut berpeluang memberikan taklimat mengenai perkembangan terkini kerja-kerja pembinaan menara baharu di kawasan tersebut.

“Pihak MCMC turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Dr. Ruddy Awah yang telah banyak membantu dalam mendapatkan kelulusan pemerolehan tapak untuk mempercepatkan pelaksanaan projek ini,” katanya.

Difahamkan, sebanyak 50 menara telekomunikasi baharu sedang didirikan di Sabah dan daripada jumlah tersebut 13 menara baharu adalah terletak di Daerah Pitas di mana Kampung Mengkapon telah dikenal pasti sebagai salah satu lokasi untuk pembinaan menara berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI