KAHERAH – Ramadan akan bermula esok di Mesir dan Lebanon, kata pihak berkuasa agama di kedua-dua negara dalam satu pengumuman.
“13 April akan menjadi hari pertama Ramadan,” kata Dar al-Ifta iaitu institusi yang mengeluarkan fatwa di negara paling ramai penduduk di dunia Arab itu semalam.
Di Lebanon, Mufti Besar Sheikh Abdellatif Deryan turut mengesahkan bulan Ramadan akan bermula esok.
Arab Saudi yang merupakan penjaga dua tempat paling suci umat Islam menyatakan, anak bulan Ramadan tidak kelihatan semalam manakala jawatankuasa pengisytiharan permulaan puasa akan bertemu sekali lagi malam ini.
Berikutan pandemik Covid-19, banyak negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam melaksanakan sekatan termasuk perintah berkurung waktu malam dengan solat tarawih dilakukan di rumah. – AFP