fbpx

264 atlet, pegawai terima suntikan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 264 orang atlet dan pegawai yang terlibat dalam temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 dijangka akan menerima suntikan vaksin Covid-19, esok.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan hari ini berkata,  kesemua atlet akan menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Kompleks Sukan DesaTasik, Cheras.

Katanya, Menteri KBS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut dijadual akan menerima suntikan vaksin bersama-sama dengan barisan atlet pada hari tersebut.

“Persiapan rapi sedang dibuat barisan atlet negara dalam menghadapi cabaran temasya Sukan Olimpik yang dijadualkan pada 23 Julai hingga  3 Ogos depan dan Sukan Paralimpik yang akan berlangsung pada 24 Ogos hingga 5 September depan di Tokyo, Jepun.

“Aspek persiapan berkenaan  merangkumi pemberian vaksin kepada para atlet dan pegawai yang terlibat serta program yang diatur khas bagi menyemarakkan lagi semangat menghadapi temasya ulung yang diterajui oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN),” katanya.

Jelasnya, meskipun temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik telah ditangguhkan pada tahun lepas akibat penularan Covid-19, KBS telah melaksanakan pelbagai pendekatan dan perancangan.

“Pendekatan ini termasuk pelaksanaan latihan atlet melalui Gelembung Sukan bagi memastikan semua atlet sentiasa dalam keadaan terbaik dan mampu beraksi dengan cemerlang di arena antarabangsa,” katanya.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan, Reezal juga akan melancarkan countdown Detik 100 Hari ke Tokyo 2020 pada 14 April di Kompleks Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

“Detik itu akan digerakkan ke seluruh negara termasuklah Program Jelajah Road to Tokyo 2020 yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan masyarakat serta membangkitkan semangat atlet yang akan berjuang di Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI