fbpx

Kanak-kanak melecur dipercayai mangsa dera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun melecur di beberapa bahagian badan dipercayai didera oleh pengasuhnya dalam kejadian di kilang papan di Taman Klang Perdana, Kapar di sini Rabu lalu.

Kejadian tersebut disedari nenek mangsa yang mendengar tangisan kanak-kanak itu kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa terkena air panas sewaktu suspek wanita warga Indonesia berusia 30-an sedang memandikan mangsa menggunakan air panas di bilik air kilang tersebut.

Katanya, mangsa telah melecur di di bahagian belakang badan, punggung, dan kedua-dua belah kaki.

“Melihat kejadian tersebut, mangsa kemudiannya telah dibawa ke hospital oleh neneknya untuk rawatan lanjut sebelum membuat laporan polis.

“Suspek kemudiannya berjaya ditahan pukul 1. 30 pagi semalam di rumah majikannya di sekitar daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, hasil siasatan awal mendapati suspek mula bekerja dengan majikannya sejak November tahun lalu.

Ujar Nurulhuda, sepanjang tempoh tersebut tiada sebarang masalah ditimbulkan oleh suspek sepanjang menjadi menjadi pembantu rumah.

“Suspek dikatakan tidak mempunyai minat untuk terus bekerja kerana pernah memaklumkan ingin pulang semula ke Indonesia.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kini direman selama empat hari sehingga Ahad ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI