fbpx

Nabila Razali sedia aktif dalam arena e-Sukan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA (kiri) dan Aimanulhaq sempat berbual bicara mengenai Kejohanan MES 2021 di Puchong semalam.

PENYANYI popular, Nabila Razali tidak menolak kemungkinan untuk aktif dalam arena e-Sukan pada masa akan datang selepas menyaksikan gelombang industri di Malaysia cukup positif pada masa ini.

Kata Nabila, ramai rakan seperjuangan dalam bidang nyanyian turut bergiat aktif dalam permainan video khususnya penstriman secara langsung seperti Muna Shahirah.

“Kita tahu ramai selebriti ketika ini mula bergiat aktif dalam arena e-Sukan dan paling menonjol ialah Muna (Shahirah). Namun, rakan saya yang lain seperti Wany Hasrita dan Khai Bahar turut bermain permainan video sebagai hobi.

“Buat masa ini, saya tidak dapat memberi tumpuan kepada permainan video e-Sukan kerana kekangan masa. Namun, kita tidak tahu pada masa depan bagaimana tetapi apa yang penting, saya akan sentiasa menyokong perkembangan industri ini.

“Malah, saya tidak terkejut kenapa ramai anak muda negara mula bergiat aktif dalam e-Sukan kerana ia boleh menjana pendapatan sampingan dan situasi ini sangat positif,” katanya kepada Kosmo!.

Nabila ditemui ketika menghadiri studio Kejohanan Malaysia Esports Series (MES) 2021 di Puchong, Selangor semalam.

Sementara itu, Pengerusi Kejohanan MES, Muhd. Aimanulhaq Zaharudin mengakui sangat gembira dengan sokongan yang diberikan oleh Nabila dalam memeriahkan komuniti e-Sukan ­negara.

“Kita memang memerlukan selebriti terkenal dan popular seperti Nabila untuk menarik lebih ramai minat khususnya remaja untuk mengetahui lebih banyak informasi positif ber­kenaan e-Sukan.

“Ini adalah permulaan yang cukup baik dan saya percaya selepas ini akan lebih ramai artis dan influencer yang mahu bergiat secara rasmi atau tidak rasmi dalam mempromosikan industri e-Sukan tanah air,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI