fbpx

186 ditahan ingkar PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Sebanyak 186 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk seorang individu atas kesalahan melanggar perintah pengawasan kuarantin di rumah (HSO).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, 41 individu direman, 142 lagi dikenakan kompaun manakala tiga orang dijamin.

Beliau berkata, antara kesalahan ingkar PKP termasuk aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (124) dan satu kes langgar perintah HSO.

“Selain itu, kesalahan lain ialah aktiviti yang tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) sebanyak 59 dan aktiviti pusat urut tanpa lesen (2),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, polis juga melakukan 1,942 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di kediaman masing-masing semalam.

Katanya, seramai 2,800 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dari 24 Julai hingga semalam.

Mereka ditempatkan di 11 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor dan Johor.

“Mereka telah pulang dari 23 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura,Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda dan Australia.

“Daripada jumlah itu, seramai 11 individu dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI