SEPANG – Tiga individu maut selepas disambar petir dalam kejadian di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, petang ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Betul,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan, kejadian berlaku di padang awam berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang di sini.
Sebelum ini, tular di media sosial beberapa video memaparkan tiga jasad dalam keadana terbaring ditutup dengan kain batik di bawah sebatang pokok di Bandar Baru Salak Tinggi.
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa berada di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki mereka mengalami kerosakan.
Kosmo! difahamkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk tindakan selanjutnya.
Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE
















