KOTA BHARU – Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mohktar memaklumkan Datuk Seri Najib Razak masi belum membayar denda RM50 juta bagi menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.
Beliau bagaimanapun memberitahu, tiada had masa ditetapkan berhubung bayaran denda berkenaan.
“Selagi denda terbabit tidak dibayar, Datuk Seri Najib kekal berada di penjara,” katanya selepas Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Hor, di sini, hari ini.








