IRELAND mencatat satu kemenangan dan satu seri ketika mereka turun menentang Israel pada aksi Kumpulan 3 Liga B UNL kali ini.

Republik Ireland serik bertemu Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBLIN – Pengendali Republik Ireland, Heimir Hallgrimsson menyeru Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) tidak lagi ‘menjodohkan’ pasukannya dengan Israel pada aksi antarabangsa akan datang.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan mencetuskan ketegangan pada dua aksi Liga Negara-Negara Eropah (UNL) pada jendela antarabangsa kali ini yang menyaksikan Ireland menang 3-0 dan seri 1-1 dengan negara haram itu.

Pertembungan kedua-dua pasukan kali ini dibayangi isu politik susulan konflik Israel-Palestin sehingga Persatuan Bola Sepak Ireland (FAI) sebelum ini menerima gesaan supaya memboikot aksi berkenaan.

Ketegangan dilaporkan berterusan apabila jurulatih kecergasan Ireland, Damien Doyle didakwa diludah pemain Israel, namun Hallgrimsson mengakui tidak melihat kejadian berkenaan dan enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada Ireland dan Israel perlu bertemu lagi pada masa depan, Hallgrimsson memberikan jawapan tegas dengan harapan kedua-dua pasukan tidak dipertemukan lagi.

“Jelas sekali terdapat sokongan besar terhadap Palestin di Ireland dan tidak banyak negara yang menyokong Palestin seperti di sini. Sekarang baru kita tahu siapa kawan dan siapa yang boleh kita percayai,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN