Gambar yang dikongsi Anwar di laman Facebooknya.

Petronas berjaya muktamad pelaburan LNG Canada Fasa 2 – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bersama rakan usaha samanya berjaya memuktamadkan keputusan pelaburan bagi projek LNG Canada Fasa 2 di Kitimat, British Columbia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan itu sekali gus membuka jalan kepada pelaburan sektor swasta bernilai CA$33 bilion (RM94.8 bilion).

Beliau berkata, pembesaran itu bakal menjadikan LNG Canada antara kemudahan gas asli cecair terbesar di dunia, sekali gus memperkukuh bekalan tenaga kepada pasaran antarabangsa.

“Tahniah kepada seluruh warga Petronas atas kejayaan ini.

“Keupayaan syarikat negara menjayakan projek tenaga berskala besar bersama rakan antarabangsa turut mencerminkan kepercayaan terhadap kepakaran dan kemampuan Malaysia,” tulisnya pada hantaran di laman Facebook.

Pada hantaran sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Kanada, Mark Carney atas sokongan kepada Petronas.

“Saya mengalu-alukan pertemuan bersama PM Carney dan delegasi Kanada pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan persahabatan serta memperluas kerjasama Malaysia-Kanada,” kata Anwar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN