fbpx

Watak Princess Solehah tembusi pasaran Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sabariah bersama komik dengan watak Puteri Islamik yang berjaya menembusi Pesta Buku Antarabangsa Abu Dhabi 2025 bermula Sabtu ini.

PETALING JAYA – Kesungguhan seorang wanita melakarkan watak puteri Islamik dalam karyanya membuahkan hasil apabila dipilih untuk menyertai Pesta Buku Antarabangsa Abu Dhabi 2025 selama 10 hari bermula 26 April ini.

Watak Princess Solehah yang membawa simbol keamanan, kasih sayang dan keimanan itu direka oleh Datin Dr. Sabariah Faridah Jamaluddin bersama penulis Datuk Roslan Nordin, Siti Farhan Mohamed, Sister Uzma, dan Abdun Nizar Ahmad.

Evergreen Edupress PLT dalam satu kenyataan berkata, Sabariah mempunyai latar akademik dalam bidang kepimpinan awal kanak-kanak Islamik.

“Penyertaan watak animasi islamik itu merupakan sebahagian daripada delegasi rasmi Malaysia yang diketuai oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

“Watak Princess Solehah direka untuk mendidik kanak-kanak berumur antara 4 hingga 7 tahun yang membawa mesej kepimpinan, akhlak mulia, serta nilai-nilai Islam yang tinggi menerusi penceritaan visual dan kandungan pendidikan yang menyeluruh,” katanya.

Sementara itu, Sabariah berkata, penyertaan di Abu Dhabi adalah bukti bahawa Malaysia mampu menghasilkan kandungan Islamik bertaraf global yang memberi inspirasi kepada dunia.

Kehadiran Princess Solehah di pameran buku terbesar di Timur Tengah ini juga dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam usaha membawa sastera Islamik kanak-kanak Malaysia menembusi pasaran antarabangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI