fbpx

Warga emas maut dirempuh kereta ketika pulang dari masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian motosikal ditunggang seorang lelaki warga emas yang dirempuh sebuah kereta di Kilometer 7.5, Jalan Tebing Tinggi ke Tok Bali dekat Pasir Puteh, hari ini. Foto IHSAN POLIS

PASIR PUTEH – Seorang lelaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah ketika dalam perjalanan pulang dari masjid di Kilometer 7.5, Jalan Tebing Tinggi ke Tok Bali di depan Masjid As-Syakirin, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.28 petang itu, mangsa yang berusia 74 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal keluar dari Masjid As-Syakirin, Tok Bali, di sini melalui susur kiri jalan.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, warga emas itu dipercayai membelok dan membuat pusingan U ke arah kanan untuk menghala ke arah Pasir Puteh.

“Pada masa sama, sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun dari arah Pasir Puteh menghala ke Tok Bali merempuh bahagian sisi kanan motosikal ditunggang mangsa.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, pemandu kereta itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu boleh terus ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, Sub Inspektor Jafri Alias di talian 019-938 6224.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI