BANGKOK – Seorang wanita di wilayah Sa Kaeo mengejutkan orang ramai apabila membawa bangkai seekor ular tedung jenis king cobra ke hospital selepas dia dipatuk reptilia tersebut, lapor laman berita Thaiger semalam.
Dalam kejadian tersebut, wanita bernama Supin Wanphen cedera pada kaki kirinya akibat dipatuk ular itu ketika mencari cendawan di hutan.
Dia membunuh reptilia sepanjang 3 meter tersebut dengan tangannya sendiri sebelum membawanya ke hospital.
“Supin Wanphen ialah rakan saya yang sangat berani. Dia pergi memetik cendawan dan dipatuk ular tedung.
“Dia membunuh ular itu dengan tangannya sendiri dan membawanya ke hospital. Dia benar-benar hebat.
“Dia kini sudah dibenarkan keluar dari unit rawatan rapi (ICU ) dan selamat,” kata hantaran yang dimuat naik di laman Facebook. – AGENSI