PETALING JAYA – Detik menyemak keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi pengalaman istimewa buat sebuah keluarga apabila ia dilakukan di bumi Madinah ketika mereka sedang menunaikan ibadah umrah.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di TikTok milik @Kaksue_untiepopia, kelihatan mereka sekeluarga berkumpul bersama untuk menyemak keputusan secara dalam talian pada pukul 5.45 pagi waktu Malaysia (10.45 pagi waktu Madinah).
“Alhamdulillah kakak. Kakak dah buat sehabis baik,” tulis pemilik akaun tersebut di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira dan memberikan kata-kata semangat.
“Alhamdulilah tahniah,” komen @Missmeknaa.
“Wah, pengalaman indah ni tengok result di bumi Madinah. Tahniah kakak!,” ujar @Rabiatul4mirah.
“Saya anak baru nak SPM tahun depan, dah berdebar-debar dah saya ini. Macam mana lah nanti nak tengok keputusan anak,” kata @Ieda2504. – KOSMO! ONLINE
@kaksue_untiepopia #SPM ♬ original sound – Suryati Abdullah0