fbpx

[VIDEO] ‘Ibu bagi RM100 untuk setiap satu A’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan seorang ibu memberikan wang RM100 bagi setiap satu A kepada anaknya.

PETALING JAYA – Seorang ibu mencuri perhatian ramai apabila menunaikan janji untuk memberikan ganjaran tunai RM100 bagi setiap gred A yang diperoleh anaknya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi satu video yang dimuat naik pengguna TikTok @Maryam_durrie, remaja berkenaan dilihat menerima wang tunai daripada ibunya sejurus selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

Difahamkan, remaja tersebut memperoleh keputusan cemerlang dengan mencatatkan 8A, sekali gus menerima wang berjumlah RM800 daripada ibunya.

“Ibu tunaikan janji on the spot,” tulisnya ringkas dalam kapsyen video berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa terharu dan pengalaman masing-masing ketika menerima keputusan SPM.

“Wahh seronoknya! Saya pergi kubur ibu tunjuk keputusan, tapi ibu tak ada respons. Harap arwah ibu bangga dengan saya,” luah @Meera.

“Untunglah. Dulu siap kena banding dengan saudara-mara lain dengan anak orang lain. Rasa macam tak guna dapat A,” kongsi @Zuena.

Setakat ini, hantaran tersebut meraih lebih 22,300 tanda suka, 201 komen dan 1,160 perkongsian daripada pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE

@she_violinist._ ibu tunaikan janji on the spot😍#fyp #spmresult #batch07 #spm ♬ suara asli – Eka Gustiwana

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI