PETALING JAYA – Pengorbanan seorang nenek yang tular setia menunggu di luar dewan peperiksaaan sambil membaca surah Yasin dan berzikir semasa cucunya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhirnya membuahkan hasil apabila remaja itu memperoleh keputusan cemerlang 9A.
Menerusi satu perkongsian video oleh pengguna TikTok @Crmuhammadnazri, memaparkan keputusan peperiksaan pelajar tersebut yang diumumkan di Maktab Rendah Sains Mara Lenggong, Perak hari ini, sekali gus mengesahkan kejayaan cemerlangnya.
Perkongsian tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizan yang rata-ratanya tersentuh dengan pengorbanan nenek dan keberkatan doa yang membawa kepada kejayaan kepada cucunya.
“Alhamdulillah, tahniah adik. Akak berjurai air mata sebab kau, adik. Pengorbanan orang tuamu,” kata @Noorlezajusohliey.
“Terima kasih nenek, usaha nenek berbaloi disebabkan nenek memang berusaha untuk menjadi yang terbaik. Alhamdulillah,” kata @Florence_ni.
“Masa saya SPM mak saya pun bacakan Yasin. Alhamdulillah, subjek yang tidak pernah dapat A tiba-tiba dapat A. Terima kasih mak,” kata @Sitifr. – KOSMO! ONLINE.
@crmuhamadnazri Viral nenek baca yaasin masa cucu ambil SPM. Korang nak tgk hasilnya? #spm2024 ♬ Applause – Clapping Sound Effect 4 – Hollywood Sound Effects