fbpx

Tidak perlu gadai, mesin ATM tukar emas jadi wang tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna boleh meleburkan emas mereka dan menerima tunai tanpa sebarang dokumentasi. - Gulf News

BEIJING – China memperkenalkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) emas di bandar raya Shanghai, membolehkan orang ramai meleburkan emas milik mereka untuk ditukarkan dengan wang tunai, lapor laman berita Times of India semalam.

Inovasi itu dibangunkan firma berpangkalan di Shenzen, Kinghood Group ketika harga emas melonjak di pasaran global.

Menggunakan mesin tersebut, pengguna boleh meleburkan emas milik mereka bagi mengesahkan ketulenannya.

Peranti tersebut memproses item emas memiliki berat melebihi 3 gram dengan ketulenan minimum 50 peratus.

Ia kemudian menukarnya kepada nilai tunai berdasarkan kadar pertukaran semasa Shanghai, menolak caj perkhidmatan dan memindahkan wang ke dalam akaun bank pengguna dalam masa 30 minit tanpa dokumentasi.

Mesin ATM tersebut mendapat sambutan hangat dengan penduduk tempatan beratur panjang untuk menukar barang kemas mereka menjadi wang tunai.

Seorang pesohor media sosial Turkiye, Tansu Yegen memuat naik video mengenai mesin ATM tersebut dan ia menerima berjuta-juta tontonan.

“Beginilah cara China membangunkan inovasi,” kata seorang netizen.

“Mengapa Amerika Syarikat tidak boleh mencipta sesuatu seperti ini,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI