fbpx

Tiada layanan dua darjat isu Jalur Gemilang – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada layanan dua darjat dalam isu melibatkan kesilapan dalam paparan Jalur Gemilang.

Penegasan Perdana Menteri itu disampaikan Setiausaha Akhbar Kanannya, Tunku Nashrul Abaidah menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Jelas Anwar, siasatan akan dilakukan tanpa mengira pihak yang terlibat sama ada media tempatan, syarikat antarabangsa mahupun agensi kerajaan.

“Prinsip keadilan dan hormat kepada simbol negara mesti ditegakkan oleh semua, tanpa pengecualian.

“Semua pihak perlu lebih peka dan berhati-hati dalam soal penerbitan bahan berkaitan simbol atau maruah negara,” tegasnya.

Terdahulu, beliau menzahirkan kebimbangan terhadap beberapa insiden mutakhir yang melibatkan kesilapan dalam paparan Jalur Gemilang, bendera rasmi negara yang menjadi lambang kedaulatan dan maruah kita semua.

Menurut Perdana Menteri, kekhilafan itu dipercayai berpunca daripada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan imej tersebut.

“Samada sengaja atau tidak, hakikatnya ia tetap menyentuh sensitiviti nasional yang tidak boleh dipandang ringan.

“Pertama, insiden melibatkan akhbar Sin Chew Daily, Kedua, sebuah syarikat luar negara yang menyertai pameran di Kuala Lumpur turut memaparkan video promosi yang menampilkan Jalur Gemilang tanpa anak bulan.

“Ketiga, laporan Prestasi SPM 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) turut memaparkan bendera Malaysia yang tidak lengkap,”katanya.

Bagaimanapun Anwar berkata, KPM kini sedang menjalankan siasatan dalaman dan beliau mengingatkan bahawa pihak
kementerian perlu menunjukkan kepekaan yang lebih tinggi terhadap elemen-elemen yang membawa identiti negara, terutamanya dalam dokumen rasmi yang melibatkan jutaan pelajar dan ibu bapa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI