fbpx

Tiada bayaran pada Siti Nurhaliza, artis buat persembahan- Dr. Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly melancarkan Majlis Peluncuran Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024 di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA- Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzukefly Ahmad menjelaskan tiada bayaran dikeluarkan kepada artis dan selebriti yang hadir membuat persembahan pada sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan (KKM), Selasa lalu.

Menurutnya, artis yang hadir seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Mila AF dan Datuk Jamal Abdillah membuat persembahan secara sukarela bagi meraikan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan warga KKM.

“Bagi Jamal pula, hanya sagu hati diberikan kepada penyanyi tersebut, manakala Tok Ti (Siti Nurhaliza) pula hadir sebagai rakan tetamu Yayasan Nurjiwa dan Mila AF juga tidak mengenakan caj,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Peluncuran Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pemuda Pas Terengganu meluahkan rasa kecewa dan simpati terhadap ribuan warga kerja KKM yang saban hari bergelut dengan tekanan kerja, fasiliti yang serba kekurangan dan ketidakpastian masa depan.

Namun, dalam masa sama, Ketua Lajnah Kesihatannya, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin berkata, warga kerja KKM itu terpaksa menyaksikan kementerian sendiri menganjurkan majlis sambutan Aidilfitri yang mewah bersama artis dan selebriti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI