fbpx

SPM 2024: Faktor bekerja, tarikan gaya hidup punca calon tidak hadir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Sejumlah 6,246 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dilaporkan tidak hadir menduduki peperiksaan itu daripada jumlah 386,714 calon baharu yang mendaftar sekurang-kurangnya bagi enam mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata, bagaimanapun, jumlah calon tidak hadir itu menurun sebanyak 2,430 calon atau 1.8 peratus berbanding 8,676 calon pada tahun 2023.

Menurut beliau, antara faktor calon tidak hadir menduduki SPM ialah kerana bekerja yang meliputi sebanyak 57.8 peratus.

Jelasnya, faktor bekerja itu disebabkan tuntutan ekonomi keluarga atau tarikan gaya hidup.

“Selain itu, punca lain yang dikenal pasti ialah menghadapi pelbagai masalah berkaitan keluarga (35.5 peratus) dan masalah kesihatan 4.7 peratus.

“Penurunan calon tidak hadir itu juga dipengaruhi usaha secara berterusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengatasi isu berkaitan melalui pengaktifan Task Force Intervensi Murid Berisiko yang dilaksanakan di semua negeri, daerah dan sekolah,”katanya pada Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI