fbpx

SPM 2024: Calon negeri banjir catat keputusan baik, tunjuk peningkatan signifikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman Adnan pada sidang akhbar pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Kementerian Pendidikan, Putrajaya di sini, hari ni. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA- Calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di negeri terjejas banjir seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah berjaya merekodkan keputusan terbaik dengan menunjukkan peningkatan signifikan dalam pencapaian masing-masing.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Azman Adnan berkata, pencapaian baik dicapai calon negeri terjejas banjir sekali gus mencerminkan kesediaan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam mengendalikan bencana.

“Pencapaian calon negeri banjir tidak memberi kesan, malah menunjukkan peningkatan signifikan, iaitu bertambah baik dari tahun sebelumnya.

“Ini mencerminkan kesediaan dan kejayaan KPM dalam mengendalikan bencana seperti menyediakan pusat peperiksaan alternatif, penempatan calon di asrama sekolah, kemudahan pengangkutan dan khidmat sokongan psikososial.

“Selain itu, kerjasama dibuat KPM bersama agensi berkaitan juga memberikan kesan besar kepada keputusan pencapaian SPM 2024,” katanya pada Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 di sini tadi.

Katanya, pencapaian signifikan calon di negeri banjir juga turut menterjemahkan persediaan KPM dengan semua agensi terlibat bagi memastikan calon SPM 2024 tidak terjejas walaupun berdepan musibah banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI