fbpx

SPM 2024: Anak abang kurier menggigil genggam 9A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD NAQI ditemani bapa, Yusri dan ibunya, Hazalilawaty ketika mengambil keputusan SPM di SMK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Sejuk perut ibu mengandung, hilang lelah bapa yang menggendong, itulah ungkapan sesuai untuk menggambarkan kegembiraan seorang penghantar barangan apabila anaknya diumumkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Yusri Mohd Ramli, 52, berkata, anak sulungnya, Muhammad Naqi, 18, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, di sini memperoleh 9A dalam SPM 2024.

Bapa kepada empat cahaya mata itu menyifatkan kejayaan anak sulungnya itu sebagai anugerah dan hadiah tidak ternilai daripada Sang Pencipta.

“Alhamdulillah saya bersyukur dengan kejayaan yang dicapai Muhammad Naqi hari ini. Sejuk perut ibunya (Hazalilawaty Mohd Hashim, 46) mengandung orang kata, penat lelah ibu ayah membesarkannya ibarat terbalas dengan perkhabaran gembira ini.

“Kejayaan ini adalah hasil usahanya sendiri, dia seorang anak yang patuh, dengar kata malah saya lihat dia belajar sehingga lewat malam untuk mencapai apa yang dia mahukan dan hari ini, dia buktikan,” kata ketika dihubungi.

Berkongsi detik gembira itu, Muhammad Naqi dalam keadaan menggigil berkata, dia mengambil sembilan mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains, Ekonomi, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.

Katanya, dia merupakan seorang pelajar yang aktif dalam kokurikulum apabila menjawat jawatan Naib Pengerusi KRS sekolah serta menjadi Ketua Platun pasukan kawad kaki menyertai pertandingan peringkat daerah dan negeri.

Jelasnya, dia membahagikan masa untuk aktiviti kokurikulum, bersukan dan akan memberi tumpuan sepenuhnya mengulang kaji pelajaran di rumah.

“Semasa di sekolah, masa banyak terluang kepada aktiviti, dalam kelas saya fokus dan saya belajar sendiri di rumah dengan membuat rujukan ‘channel’ di YouTube berkaitan subjek dan soalan-soalan peperiksaan lepas.

“Kalau tak faham sesuatu subjek, saya terus tanya guru masa dalam kelas dan jumpa cikgu di luar waktu kelas,” katanya.

Tambah Muhammad Naqi, dia bercadang akan memohon tajaan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana universiti awam demi mencapai cita-citanya mewarisi kerjaya ibunya sebagai seorang guru atau menjadi arkitek.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI