fbpx

Sejak 2022 tak tinggal sebumbung, Nina Iskandar kini seorang janda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lama menghilang, pelakon Nina Iskandar mengesahkan sudah bergelar janda selepas bercerai dengan bekas suaminya yang juga penolong pengarah drama, Mohd. Azlan Adzanan pada tahun lalu.

Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 33, menegaskan punca perceraian tidak melibatkan pihak ketiga, namun tiada lagi kesefahaman antara satu sama lain.

“Saya rasa tiada masalah untuk menceritakan kepada peminat-peminat tentang perceraian ini. Saya sah bercerai secara baik dengan bekas suami pada tahun lepas tetapi tidak melibatkan pihak ketiga.

“Cuma, kami tidak sehaluan dan fikir apa yang terbaik untuk Rizqin (anak). Saya dan bekas suami tidak mahu dia membesar dalam persekitaran rumah tangga yang dingin dan memeningkan.

“Jadi, kita dah bincang dan sepakat bersetuju untuk berpisah secara baik kerana tiada kesefahaman dan anggap jodoh tidak panjang,” katanya kepada Kosmo! Online semasa majlis pelancaran SKANDARL Beauty hari ini.

Tambahnya, dia dan bekas suami, sudah tidak tinggal sebumbung sejak pertengahan 2022 tetapi enggan menghebahkan kepada orang ramai bagi menjaga hati orang sekeliling.

“Saya dengan bekas suami tidak tinggal sebumbung sejak tahun 2022, tetapi saya tak mahu heboh-hebohkan sebab saya perlu jaga sensitiviti kedua-dua belah pihak keluarga sebab tiada kata putus yang mengesahkan penceraian tersebut pada ketika itu.

“Tetapi ada media juga yang bertanya mengenai status saya sebelum ini tetapi saya terpaksa mengunci mulut atas faktor proses perceraian yang masih belum selesai,” jelasnya.

Meskipun berpisah, pelakon drama Andainya Takdir itu bersepakat menjalankan tanggungjawab bersama terhadap anak tunggal lelakinya, Aaryan Ar-Rizqin yang kini berusia lima tahun.

“Kami bersetuju untuk besarkan Rizqin sama-sama sebab saya tidak mahu putuskan hubungan Rizqin daripada ayahnya sendiri kerana itu darah daging dia.

“Saya juga bawa Rizqin pergi ke Johor jumpa keluarga belah pihak bekas suami supaya dapat jalinkan hubungan yang baik,” katanya.

Terdahulu, Nina dan bekas suaminya telah mendirikan rumah tangga pada April 2019 yang lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaryan Ar-Rizqin, 5. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI