fbpx

‘Percayalah, bukan senang dapat jurulatih macam ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang kanak-kanak yang menangis ketika latihan bersama jurulatihnya.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak yang menangis ketika menjalani latihan bola sepak bersama jurulatih mendapat perhatian orang ramai.

Video yang tular di media sosial perkongsian akaun kelab sukan itu turut memaparkan jurulatih tersebut menunjukkan demonstrasi regangan kepada pelajar-pelajarnya.

Menerusi perkongsian itu, kebanyakan netizen rata-rata memberikan sokongan kepada kanak-kanak berkenaan.

“Kau akan jadi lelaki sejati dik bila kau bergurukan coach (jurulatih) ini, Percayalah, bukan senang kau nak cari jurulatih macam ini. Naik semangat budak-budak kalau macam ini,” kata @FaizatAziz.

“Kalau kau terus menangis dan terus menangis dik, abang yakin kau akan jadi terkenal satu Bukit Bintang suatu hari nanti,” seloroh @ShahNasriq.

“Kau akan kenang peristiwa ini yang menjadikan kamu seorang ‘goal keeper’ (penjaga gol) yang berani. Teruskan coach,” @MohamadHafizee. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI