fbpx

Pembedahan plastik: ‘Asalkan tak ubah drastik ciptaan Allah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rossa beranggapan pembedahan plastik bukan satu kesalahan asalkan tidak dilakukan secara berlebihan. – ISKANDAR ISHAK

KUALA LUMPUR – Melihat ramai selebriti cenderung membuat pembedahan plastik, penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa tidak menganggap semua itu sebagai satu kesalahan sebaliknya bergantung kepada niat dan kemampuan individu.

Menurut Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 46, prosedur kosmetik tidak menjadi isu sekiranya dilakukan secara wajar dan tidak berlebihan.

“Menurut saya, zaman sekarang memang ramai yang buat pembedahan plastik. Tapi terpulang pada individu tersebut apakah itu sifatnya adalah perawatan (rawatan) atau membetulkan sesuatu yang mungkin dirasa tidak nyaman (okey).

“Ada juga yang mungkin matanya tidak sesuai, tidak sama kiri dan kanan. Mungkin ada juga sesuatu yang mengganggu pada kesihatan atau kurang percaya diri dengan itu.

“Buat saya sendiri, tidak ada salahnya asalkan tidak berlebihan mahupun merubah secara drastik kurniaan dari Allah. Kecuali kalau berlebihan maksudnya sudah mancung, mahu tambah mancung. Pada akhirnya terpulanglah pada niat dan bajet individu itu sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pelantun lagu Hey Ladies itu juga turut mengakui tekanan industri hiburan sememangnya wujud, lebih-lebih lagi terhadap selebriti wanita yang sering menjadi sasaran kecaman hanya kerana penuaan wajah atau perubahan fizikal.

“Sekarang bukan cuma selebriti justeru hampir semua orang boleh melakukan pembedahan plastik. Ketika ada kemahuan, ada biaya (wang), semuanya boleh.

“Tapi untuk industri hiburan sendiri, memang betul, khalayak kebanyakan gemar memberi komen terhadap penampilan artis sama ada dari segi penampilan dan sebagainya. Itu memang omongan (perkara) yang harus diterima dan sedih sebetulnya.

“Kita hakikatnya berharap mudah-mudahan hanya karya yang dihargai. Bagaimanapun, kita juga harus menghargai orang yang memilih untuk tidak melakukan operasi plastik mahupun sebaliknya kerana semuanya adalah hak peribadi,” ujarnya pada majlis Ukhuwah Raya Rossa dan sidang media konsert Here I Am, di sini, semalam.

Rossa bakal mengadakan konsert Here I Am di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 14 Jun nanti.

Konsert terbabit turut menampilkan Ariel Noah, Dipha Barus, Ernie Zakri dan MK K-Clique.

Sebelum ini, ibu anak satu itu pernah menjayakan dua siri jelajah di tiga negara menerusi konsert Rossa 25 Shining Years (2022) dan Another Journey: The Beginning (2023) yang berjaya menarik lebih 80,000 penonton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI