fbpx

Pecah panggung lagi, Blood Brothers kutip RM50 juta selepas dua minggu tayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terus menggegar pawagam tanah air, filem Blood Brothers: Bara Naga mencatat kutipan RM50 juta selepas dua minggu tayangan di seluruh negara.

Kutipan tersebut sekali gus membuktikan jalan cerita berkisarkan mafia dan gengsterisme masih mendapat tempat dalam hati pencinta filem tempatan.

Gembira dengan kejayaan tersebut, pengarahnya, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra berkata, pihaknya bersyukur dengan sambutan hebat para penonton.

“Kami amat bersyukur melihat kutipan yang terus meningkat dan kini mencapai tahap yang begitu luar biasa.

“Ini semua tidak akan berlaku tanpa sokongan padu daripada penonton Malaysia.

“Terima kasih kerana terus mempercayai dan menyokong filem ini dari awal hingga sekarang,” katanya.

Terdahulu, filem terbitan Skop Productions dan Primework Studios berjaya meraih kutipan pecah panggung RM45.7 juta dalam tempoh 11 hari tayangan di pawagam.

Kejayaan hebat filem yang membariskan Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Wan Hanafi Su dan Amelia Henderson kini meletakkanya dalam senarai Top 5 filem tempatan terlaris sepanjang zaman.

Blood Brothers kini berada di kedudukan keempat dalam senarai lima filem tempatan dengan kutipan tertinggi selepas Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (RM97.4 juta), Sheriff: Narko Integriti (RM63.2 juta), Polis Evo 3 (RM54.1 juta) dan mengatasi Munafik 2 (RM48 juta). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI