fbpx

Malaysia meterai kerjasama dengan Jepun, ASEAN perkasa reka bentuk serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Amirul Fadhli, Dr Kunihiko Chris Hirabayashi dan Hiroyuki Fukano semasa majlis menandatangani Surat Hasrat (LOI).

PETALING JAYA – Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) memeterai kerjasama tiga hala penting dengan ASEAN-Japan Centre (AJC) dan Japan Institute of Design Promotion (JDP) bagi membuka laluan kepada usaha memperkasakan kecemerlangan reka bentuk di Malaysia, Jepun dan seluruh rantau ASEAN.

MRM memaklumkan pemeteraian melalui surat hasrat (LOl) di ASEAN Hall, Tokyo itu ditandatangani oleh Pengarahnya, Amirul Fadhli Che Ismail, Setiausaha Agung AJC, Dr. Kunihiko Chris Hirabayash serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JDP, Hiroyuki Fukano.

Kolaborasi ini dijangka membuka ruang baharu dalam pendidikan reka bentuk, inovasi, dan penganjuran pameran, sekali gus menyemarakkan pertukaran kreatif serta peluang ekonomi merentas negara.

Amirul Fadhli berkata, permeteraian itu menyediakan kerangka kukuh untuk usaha bersama dalam pendidikan reka bentuk, inovasi dan penganjuran pameran, menyemarakkan pertukaran kreatif serta peluang ekonomi.

“Hal ini sebagai langkah penting meningkatkan penyertaan Malaysia dalam inisiatif reka bentuk serantau serta memperkukuh hubungan dalam kalangan komuniti reka bentuk ASEAN dan Jepun,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kenyataan sama, MRM memberitahu pihaknya turut menjemput secara rasmi AJC dan JDP untuk menjadi rakan strategik kepada KL Design Summit 2025 – Edisi ASEAN, yang akan berlangsung di ibu negata pada Disember depan.

Sidang kemuncak yang disokong oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu dijangka menjadi acara reka bentuk terbesar di rantau ini, menumpukan kepada bidang Reka Bentuk Industri, Fesyen dan Multimedia.

“Inisiatif ini juga merupakan antara usaha MRM dalam menyokong Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia bagi tahun 2025, dengan menonjolkan peranan reka bentuk sebagai pemacu kerjasama dan inovasi serantau,” jelas MRM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI