fbpx

Lepas setahun kahwin baru tahu jadi isteri kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EAP memfailkan permohonan cerai ke Mahkamah Agama Sukoharjo. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Sukoharjo, wilayah Jawa Tengah terkejut apabila mendapat tahu bahawa dia merupakan isteri kedua, hanya selepas setahun berkahwin, lapor laman berita Viva semalam.

Wanita dikenai sebagai EAP, 23, berkata, tidak cukup dengan itu, suaminya, Ikhsan turut memalsukan pelbagai dokumen seperti kad pengenalan berstatus ‘belum berkahwin’, kad keluarga, sijil perkahwinan dan ijazah palsu daripada sebuah universiti terkemuka Indonesia.

Lelaki itu turut menyamar sebagai kakitangan kerajaan sedangkan dia bekerja sebagai tukang baiki mesin basuh.

Menurut EAP semasa perbicaraan di Mahkamah Daerah Sukoharjo, dia dan suaminya bertemu pada tahun 2020 sebelum mereka berkahwin pada 17 September 2021.

Selama berumah tangga, Ikhsan, 32, tidak pernah memperkenalkan EAP kepada ahli keluarganya, malah menipu bahawa ibunya sudah meninggal dunia.

Pembohongan itu mula terbongkar apabila EAP mahu menguruskan sijil kelahiran anak mereka yang kini sudah berusia dua tahun. 

Ketika mahu mendaftar kad keluarga, EAP mendapati bahawa data suaminya tidak didaftarkan di Pejabat Penduduk dan Pendaftar Awam daerah Solo atau Sukoharjo.

Setelah menyelidik perkara itu, EAP mendapat tahu bahawa Ikhsan sebenarnya berstatus sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. 

EAP kemudian menyiasat lebih lanjut dan berjaya menemui isteri pertama Ikhsan.

Bukan sahaja status perkahwinan lelaki itu palsu, malah pekerjaan yang didakwa sebagai penjawat awam juga adalah satu pembohongan. 

“Saya tidak tahu dia sudah berkahwin. Dia mengaku bujang,” kata EAP ketika memberi keterangan di hadapan panel hakim, Isnin lalu.

EAP yang berasa tertipu akhirnya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Agama Sukoharjo pada September 2022.

Dia turut membuat laporan polis terhadap Ikhsan atas dakwaan pemalsuan dokumen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI