fbpx

Kaedah terbaik tarif baharu pelabuhan masih diteliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antony Loke

KLANG – Kementerian Pengangkutan (MOT) masih meneliti kaedah dan mekanisme terbaik dalam pelaksanaan tarif baharu pelabuhan termasuk secara berfasa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, prosesnya memang telus dan sistematik dengan bermula di peringkat Lembaga Pelabuhan.

Katanya, ada jawatankuasa konsultatif yang telah berbincang dan mendapat pandangan daripada pemain-pemain industri mengenai tarif baharu ini.

“Sekarang ini tarif perlu dibincangkan mekanisme bagaimana ia lebih telus dan berkala dan tidak kenaikan mendadak.

“Itu kita hendak bincang lagi dan belum ada lagi mekanisme tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program latihan pemandu lori pengangkut kereta untuk pengendalian kenderaan elektrik, hari ini.

Kata Anthony, perkara itu masih di peringkat pemegang taruh dan belum diperolehi untuk dimuktamadkan di peringkat beliau dan MOT.

“(Dijangka bila akan umum tarif baharu pelabuhan) ia belum sampai kepada saya dan saya tidak tahu bila sampai. Iaada proses-prosesnya,” jelasnya.

Media semalam melaporkan bahawa cadangan kenaikan tarif pelabuhan sebanyak 30 peratus bagi pengendalian dan penyimpanan kontena dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh tiga tahun.

Penilaian semula tarif kali tersebut melalui pelbagai proses termasuk konsultasi bersama pemegang taruh dan perbincangan jawatankuasa konsultatif di peringkat pelabuhan.

Untuk rekod, tarif pelabuhan tidak pernah dikaji semula sejak 10 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI