fbpx

EPL: Man. City kukuh ke pentas Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY semakin mengukuhkan kedudukan untuk meraih slot ke pentas UCL musim depan selepas menewaskan Villa awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukannya layak dilabel cemerlang jika berjaya mengesahkan kemaraan ke kempen Liga Juara-Juara (UCL) musim depan selepas menewaskan Aston Villa 2-1 awal pagi semalam.

Pada aksi di Etihad itu, City terpaksa mengharapkan gol pada masa kecederaan yang dilakukan oleh Matheus Nunes untuk meraih tiga mata berharga sekali gus berada di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Kata Guardiola, pasukannya telah mengharungi musim yang hambar pada tahun ini apabila gagal mempertahankan kejuaraan EPL, tetapi segalanya masih boleh diselamatkan jika layak ke saingan UCL pada edisi akan datang.

“Saya akui kita telah mengharungi musim yang teruk kerana tidak konsisten dalam saingan EPL. Namun, kita masih ada peluang untuk pulihkan keadaan semasa dengan meraih tiket UCL dan peluang ke final Piala FA.

“Sudah tentu kalau boleh saya mahu kekalkan kejuaraan EPL, tetapi saingan musim ini sangat mencabar dan apa yang kami alami adalah perkara normal,” kata Guardiola yang membantu City menjuarai EPL empat kali berturut-turut sebelum ini.

Sementara itu, Nunes mengakui cukup teruja apabila dapat menjaringkan gol kemenangan meskipun diletakkan di posisi bukan kegemarannya sebagai pemain bek kanan sejak beberapa perlawanan lepas.

“Saya cuba menyesuaikan diri dengan posisi baharu selain melihat kedudukan pemain lawan. Ketika ada ruang untuk melakukan rembatan, saya cuba berada di kedudukan yang tepat dan akhirnya berjaya menjaringkan gol penting musim ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI