fbpx

EPL: Cunha pilihan terbaik buat Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUNHA dilihat memiliki gaya permainan yang sesuai dengan keinginan Amorim untuk memperkuatkan United musim depan. - AFP

LONDON – Manchester United dilapor semakin hampir untuk mencapai persetujuan untuk mendapatkan khidmat penggempur Wolves, Matheus Cunha pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Bagaimanapun, United perlu menyediakan dana yang besar untuk mengaktifkan klausa perpindahan pemain itu yang bernilai £62.5 juta (RM366.12 juta) ketika Cunha dilihat memiliki kemampuan untuk beraksi dengan gaya permainan pengendali pasukan itu, Ruben Amorim.

Amorim sebelum ini tanpa berselindung mengakui sangat meminati cara permainan Cunha dan memuji gaya versatil dan kemampuannya untuk menghasilkan jaringan, malah kedua-dua mereka dilihat bersembang ketika United berdepan Wolves di Molineux dan Old Trafford musim ini.

Bekas pemain pertahanan United, Rio Ferdinand sebelum ini memberikan ‘restu’ kepada pihak pengurusan kelab itu sekiranya mereka mahu mendapatkan khidmat Cunha untuk saingan musim depan.

“Jika saya mempunyai kuasa di United, saya akan pergi mendapatkan Cunha. Apa yang jelas dia mahu meninggalkan pasukannya. Dia merupakan seorang pemain yang dinamik dan sangat sesuai dengan peranan No. 10,” katanya.

United turut berharap mereka mampu mengatasi Chelsea dalam perebutan untuk mendapatkan khidmat penyerang Ipswich Town, Liam Delap yang memiliki klausa pelepasan bernilai £30 juta (RM175.73 juta).

Mereka juga masih meneruskan rundingan bersama ejen beberapa pemain lain seperti, Victor Osimhen, Xavi Simons, Benjamin Sesko, Eberechi Eze dan Antoine Semenyo bagi melihat potensi perpindahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI