fbpx

EPL: Aston Villa disaran tidak gopoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD

LONDON – Bekas pengurus Newcastle United, Graeme Souness memberi amaran buat Aston Villa ekoran keghairahan mereka untuk mendapatkan khidmat Marcus Rashford dari Manchester United secara kekal pada musim panas nanti.

Villa tidak memiliki perjanjian ‘wajib’ untuk mendapatkan Rashford secara tetap dalam kontrak pinjamannya, namun mereka dilaporkan terpesona dengan kualiti yang dimiliki pemain itu dalam tempoh beberapa bulan ini.

Rashford berjaya meledak gol untuk membantu Villa mara ke separuh akhir Piala FA dan hampir melakar kejutan sebelum mereka tewas tipis kepada Paris Saint-Germain pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara.

“ Anda rasa anda boleh percayakan dia (Rashford)? Dia mampu melakukan apa sahaja untuk tempoh sekarang kerana dia dalam kontrak pinjaman bersama Villa. Saya fikir Unai Emery (pengendali Villa) lebih memahaminya kerana melihat perkembangan Rashford setiap hari.

“Emery menurunkannya dalam perlawanan besar, tetapi apakah yang dilakukan Rashford dalam aksi itu mencukupi? Mereka perlu membayar £40 juta (RM234.31 juta) kepada United yang terdesak untuk menjual beberapa pemain mereka termasuk Rashford.

“Apakah Villa yakin Rashford tidak akan kembali menjadi pemain seperti mana ketika di United dan berdepan kesukaran. Mempercayai Rashford adalah persoalan yang besar, Villa perlu mendapatkan pemain yang boleh dipercayai,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI