fbpx

China lancar rangkaian 10G 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bandar raya Xiong’an. - Foto Xinhua

BEIJING – China secara rasminya melancarkan rangkaian jalur lebar 10 Generasi (10G) komersial pertama dunia di bandar berteknologi tinggi futuristiknya, Xiong’an, lapor portal berita ChannelNews hari ini. 

Pelancaran itu menandakan kejayaan besar dalam infrastruktur internet global. 

Rangkaian jalur lebar 10G itu hasil kerjasama syarikat teknologi Huawei dan China Unicom yang merupakan penyedia perkhidmatan telekomunikasi milik pemerintah.

Terletak sekitar 110 kilometer ke  barat daya Beijing, Xiong’an bukan bandar biasa. 

Pada 2017, ia direka untuk menjadi sebagai bandar satelit berteknologi tinggi di bawah arahan peribadi Presiden Xi Jinping. 

Susun atur bandar adalah berdasarkan ‘lingkaran hidup 15 minit’.

Ini bermakna setiap penduduk boleh mengakses keperluan harian, termasuk membeli-belah, penjagaan kesihatan, masa lapang dalam masa 15 minit dengan berjalan kaki.

Kini, ia juga menempatkan kelajuan internet terpantas di Bumi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI