fbpx

Bateriku.com hulur bantuan bateri kereta baharu buat mangsa letupan gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil Bateriku.com, Maulana Aziz (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan bateri baharu kepada mangsa letupan gas di Putra Height.

SHAH ALAM – Prihatin dengan nasib pelanggan yang terjejas akibat letupan gas di Putra Heights, syarikat bateri kenderaan dan penyedia bantuan perkhidmatan jalan raya, Bateriku.com tampil menghulurkan bantuan bateri kereta baharu bernilai hampir RM20,000.

Menurutnya, sebagai syarikat yang berpegang kepada nilai komuniti, Bateriku.com segera bertindak meneliti data pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan bateri mereka di kawasan yang terlibat.

“Hasil semakan, sebanyak 58 pelanggan dikenal pasti sebagai pemilik kenderaan yang berada dalam kawasan terjejas,” katanya hari ini.

Jelas Bateriku.com, pada 22 April, pihaknya telah hadir ke kawasan perumahan Putra Harmoni untuk melaksanakan program pertukaran bateri secara ‘1 to 1’ bagi pelanggan yang terkesan sebagai usaha membantu meringankan beban kos baik pulih selepas insiden letupan yang mengejutkan komuniti setempat.

“Selain itu, kami turut menawarkan baucar diskaun untuk penukaran bateri dan pakej servis kereta di BGarage bagi pelanggan dalam senarai yang tidak dapat hadir, atau kenderaan mereka mengalami kerosakan yang lebih serius.

“Ini adalah usaha kami untuk membantu, walaupun kecil, agar pelanggan kami tidak berasa terpinggir di saat mereka menghadapi kesusahan,” katanya.

Bateriku.com juga memberi jaminan bahawa bantuan tidak terhenti setakat ini sahaja dan akan terus menyalurkan sokongan dalam bentuk perkhidmatan, diskaun serta kemudahan berkaitan kepada mangsa, sambil mengekalkan hubungan dengan komuniti sekitar bagi memahami keperluan mereka dari masa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI