fbpx

Ahli nujum TikTok kena tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pagoda yang rosak kelihatan di Mandalay pada 29 Mac lalu, sehari selepas gempa bumi kuat menggegarkan tengah Myanmar. – AFP

YANGON – Pihak berkuasa Myanmar menangkap seorang ahli nujum TikTok kerana mencetuskan panik dengan meramalkan satu lagi gempa bumi kuat selepas gegaran dahsyat bulan lalu, lapor media pemerintah hari ini.

John Moe The yang mempunyai lebih 3,000 pengikut di TikTok, meramalkan pada 9 April lalu bahawa satu gempa bumi ‘sangat kuat’ akan menggegarkan ‘setiap bandar’ di Myanmar dalam tempoh 12 hari.

“Orang ramai tidak sepatutnya berada di dalam bangunan tinggi pada siang hari,” demikian menurut keterangan video itu yang mencatat 3.3 juta tontonan.

Gempa pada bulan lalu di tengah Myanmar membunuh lebih 3,700 orang dan memaksa 60,000 penduduk tinggal di dalam khemah-khemah, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

John Moe The, 21, ditangkap semasa serbuan waktu pagi di kediamannya di bandar Monywa, tengah Myanmar kelmarin.

“Kami mendapat maklumat palsu disebarkan melalui akaun TikTok bahawa gempa bumi kuat akan berlaku.

“Tindakan akan diambil terhadap pesalah berdasarkan peruntukan undang-undang,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Seorang penduduk Yangon, Nan Nan memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tidak mempercayai hantaran John Moe The, tetapi ramai jirannya mempercayai ramalan ahli nujum tersebut.  – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI