fbpx

Agong serah watikah pelantikan lapan ketua perwakilan asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada lapan perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan lapan ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara hari ini.

Menurut laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, antara ketua perwakilan asing berkenaan ialah Duta Besar Cuba, Yadira Ledesma Hernandez dan Duta Besar Georgia, Irakli Asashvili.

Kata laman Facebook berkenaan, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menyerahkan watikah pelantikan ketua perwakilan asing kepada Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom, Ajay Sharma dan Duta Besar Republik Burundi, Aloys Bizindavyi.

“Selain itu, Duta Besar Republik Estonia, Mait Martinson; Duta Besar Nicaragua, Mario José Armengol Campos; Pesuruhjaya Tinggi Republik Rwanda, Marie Claire Mukasine dan Pesuruhjaya Tinggi Malawi, Allan Joseph Chintedza,” kata laman Facebook tersebut.

Jelas laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hadir sama ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Ketua Protokol Wisma Putra, Datuk Yubazlan Yusof. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI