fbpx

46 anggota bomba ‘bertarung’ lima jam padam kebakaran tiga kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah kilang dan tujuh kenderaan di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai petang tadi.

KULAI – Seramai 46 anggota bomba mengambil masa kira-kira lima jam untuk memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah kilang di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, petang tadi.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Fauzi Awang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.13 petang.

Menurut beliau, pihaknya turut menggerakkan 19 jentera daripada beberapa Balai Bomba dan Penyelamat berhampiran.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kilang membancuh cat telah musnah dalam kebakaran sehingga memusnahkan 95 peratus struktur kilang.

“Kebakaran turut merebak ke dua buah kilang bersebelahan, selain memusnahkan tujuh buah kenderaan. Kebakaran dipadam menggunakannya teknik ‘medium foam’ dan teknik pancuran enam saliran,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Muhammad Fauzi, tiga mangsa mengalami kecederaan melecur dalam kebakaran tersebut dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI