fbpx

20 bilion video dimuat naik di YouTube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail pada 2016 menunjukkan video cef dan pesohor media sosial, Caroline Artiss dipaparkan di YouTube. - AFP

SAN BRUNO, CALIFORNIA – YouTube menyambut ulang tahun ke-20 dengan mencatatkan lebih 20 bilion rakaman video dimuat naik di platform tersebut, lapor laman berita NBC News semalam.

Laman sosial milik Google itu bermula secara kecil-kecilan 20 tahun lalu apabila salah seorang pengasasnya memuat naik klip video berjudul Me at the Zoo.

Kini  platform itu menyatakan, lebih 20 juta video dimuat naik setiap hari ke YouTube.

“Penglibatan pengguna juga tinggi. Tahun lalu, kami menerima purata lebih 3.5 bilion tanda suka daripada pengguna setiap hari,” katanya.

Gergasi perkongsian video itu memperingati ulang tahun ke-20 selepas  video pertama yang dimuat naik dengan memperkenalkan beberapa ciri baharu seperti statistik dan ‘telur paskah’ untuk penggunanya.

Pencapaian itu berlaku di tengah-tengah kebangkitan ekonomi dalam kalangan pencipta kandungan. Media sosial kini melahirkan berjuta-juta pempengaruh yang menjana wang melalui tawaran jenama, pengewangan platform dan langganan pengguna.

Menurut  YouTube, setakat ini lebih 300 video muzik telah memperoleh lebih 1 bilion tontonan termasuk Hello nyanyian Adele, Shape of You nyanyian Ed Sheeran dan Despacito karya Luis Fonsi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI