fbpx

[VIDEO] NKVE sesak teruk, banjir kilat halang kenderaan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lebuh raya NKVE yang dinaiki banjir kilat akibat hujan lebat awal pagi tadi. - Foto Plus

PETALING JAYA – Keadaan trafik di Lebuh Raya Lembah Klang Utara (NKVE) dilaporkan sesak teruk akibat banjir kilat sehingga menutup beberapa lorong kenderaan.

Menerusi hantaran Plus Malaysia Berhad (Plus), keadaan trafik sesak luar biasa dari Bukit Raja dan Persiaran Setia Alam serta dari arah Subang disebabkan banjir kilat di KM9.1 berhampiran persimpangan Shah Alam.

Banjir kilat itu menyebabkan lorong kecemasan, lorong tengah dan lorong kiri terpaksa ditutup dan kesesakan dianggarkan sepanjang 6 kilometer.

Setakat pukul 10.30 pagi tadi, semua trafik dari Bukit Raja menghala ke Setia Alam, Shah Alam dan Subang dilencongkan keluar ke plaza tol Setia Alam.

“Status terkini, laluan kontra diaktifkan. Trafik masih lagi sesak. Para pengguna disarankan menggunakan laluan alternatif lain dan berhati-hati di jalan raya,” kata Plus.

Terdahulu, beberapa kawasan di ibu kota dan Selangor dilaporkan banjir kilat akibat hujan berterusan awal pagi tadi.

Antara kawasan yang terkesan adalah Kampung Tengah, Puchong, Kampung Kubu Gajah, Sungaj Buloh, Petaling Jaya dan Taman Seri Alam, Saujana Utama. – KOSMO! ONLINE

@fzrlhkl23April 9:50am. NKVE tgh jammed teruk skrg. Yg mana stuck dkt NKVE tu harap bersabar ye, banjir.

♬ Epic Disaster – Kidmada

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI