fbpx

[VIDEO] Kucing pintar buka sendiri pintu jeriji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor kucing yang berjaya membuka sangkarnya sendiri.

PETALING JAYA – Gelagat pintar seekor kucing yang membuka pintu jeriji sangkarnya membuat ramai terhibur.

Menerusi satu klip video berdurasi 12 saat yang dikongsikan di TikTok oleh @JiKenup menunjukkan kucing berkenaan terkejut apabila berjaya membuka pintu jeriji sangkar sebelum lolos.

Mengintai ruangan komen, kebanyakan netizen menyifatkan gelagat haiwan comel ini menghiburkan.

“Dia sudah mula buka pintu sendiri pula, rasanya kucing ini sebenarnya ejen rahsia dekat dunia ini,” komen @Ain.

“Rumah aku sudah macam hospital sakit jiwa sebab semua tingkap, pintu pun ada jaring besi. Itu pun diorang ada sahaja akal nak curi-curi keluar, elok duduk dalam nak jugak keluar jadi gelandangan,” balas @Hani.

“Dia yang buka, lepas itu nak pura-pura terkejut pula,” kata @Matarof. -KOSMO! ONLINE

@nagitundikdek♬ Mission Impossible – Adam Clayton

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI