fbpx

USIM, TH permudah urusan haji OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) telah dilantik sebagai perunding bagi pembangunan panduan kursus Haji dan Umrah Mesra Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Bahagian Bimbingan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH).

Pembangunan projek berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan komuniti OKU khususnya OKU penglihatan terhadap praktikal ibadah haji dan umrah.

Projek itu juga merupakan projek pertama yang melibatkan kepakaran universiti awam bersama-sama pihak TH untuk menyantuni komuniti OKU penglihatan.

Pengarah UMMI, Profesor Madya Dr. Norakyairee Mohd Raus berkata, inisiatif ini merupakan usaha murni yang menyokong agenda inklusiviti diperingkat antarabangsa melalui pendekatan ‘No One Left Behind’.

“Dalam masa sama, turut mengangkat gagasan Malaysia Madani melalui pendekatan daya cipta ke arah pembangunan penyelidikan dan inovasi inklusif selaras dengan kekuatan dan kelainan upaya komuniti istimewa ini,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, skop projek berkenaan meliputi proses mengenal pasti, membangunkan dan menghasilkan buku panduan ibadah haji dan umrah bagi komuniti OKU penglihatan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak iaitu USIM dan TH.

Katanya lagi, proses transkripsi panduan telah selesai dijalankan dan draf akhir panduan tersebut telah diserahkan kepada pihak TH bagi tujuan semakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI