fbpx

Takut penyakit ain, Eyka Farhana enggan sahkan nikah 2 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eyka Farhana dikatakan bakal berkahwin dengan kekasih hati yang juga pemain bola sepak kebangsaan,

PETALING JAYA – Belum sedia mengesahkan khabar pernikahan kakaknya yang dikatakan pada 2 Mei ini, pengurus kepada pelakon Eyka Farhana iaitu Dyba Farhana mengakui perkara itu disebabkan mahu mengelak penyakit ain.

Katanya, apabila sah Eyka dan tunangnya pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid disatukan sebagai suami isteri barulah mereka sendiri akan menghebahkan berita baik itu.

“Buat masa ini saya sebagai adik Eyka belum dapat mengesahkan khabar yang telah keluar disebabkan beberapa perkara terutama penyakit ain.

“Harap semua pihak memahami keadaan ini. Insya-Allah mereka sendiri akan kongsikan sebarang perkembangan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Mengulas pemilihan tarikh pernikahan yang didakwa sumber terdekat pada 2 Mei serta empat majlis lain di Kedah pada 11 Mei, Dyba juga enggan mengulas lebih lanjut.

Daripada sumber yang sudah mendapat kad undangan, selain majlis berinai, tiga acara persandingan dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur (5 Mei), Kelantan (12 Mei) dan Langkawi (16 Mei).

Sementara itu, Eyka, 30, juga tidak mengiyakan atau menidakkan mengenai kad undangan yang sudah mula diedarkan sejak beberapa minggu lalu.

Akhyar pula yang ketika aksi terakhir Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC (KDA) pada Ahad lalu sama seperti tunangnya apabila hanya mengunci mulut.

Pasangan terbabit bertunang pada 4 Ogos tahun lalu malah spekulasi pernikahan mereka semakin dekat selepas video pemilik nama lengkap Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi itu mengadakan ‘parti bujang’ yang di muat naik rakan baiknya, Yaya Zahir pada Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI