JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki terjatuh daripada motosikal apabila lorong yang dilalui dilitupi dengan jubin seramik, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Kejadian itu dirakam oleh kamera televisyen litar tertutup (CCTV) pada 19 April lalu sebelum dimuat naik di platform Instagram.
Dalam rakaman berkenaan, seorang lelaki dilihat menunggang motosikal di sebuah lorong sempit ketika hujan.
Laluan jalan di lorong itu dipasang dengan jubin seramik yang cantik, namun licin.
Meskipun kelihatan kemas, pemasangan jubin itu menyebabkan dia tergelincir lalu terjatuh di hadapan orang ramai.
Rakaman itu mencatatkan lebih 14.1 juta tontonan di samping 6,000 komen.
“Siapa punya idea pasang jubin di tengah jalan?” kata seorang netizen. – AGENSI