fbpx

Salam Perantauan 23 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan rakyat Malaysia. Semoga ukhuwah kita semua diberkati hingga ke syurga.Daripada: Izran, Noni, Nuraini , Safura, Shamsul, Sheela, Sheena, Shazee, Suhaimi, Farini, Aisy, Arissa dan Ariana
Lokasi: Fujikawaguchiko, Jepun

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat ibu bapa di Taiping, Perak dan Kelantan, saudara-mara, sahabat handai dan rakan sekerja di Malaysia. Semoga Syawal kali ini lebih bermakna buat kita semua. Selamat hari raya, maaf, zahir dan batin.

Daripada: Lt. Kdr. Zulkhairy Mohamad TLDM, Norulhuda Zahid, Dhia Afrina Alisha, Dhia Zara Alia dan Daniel Al Harraz
Lokasi: United States Naval War College, Newport, Rhode Island, Amerika Syarikat

Kami sekeluarga ingin mengucapkan salam Aidilfitri buat seluruh ahli keluarga dan sahabat yang berada di Kg. Parit Lapis Bangas, Batu Pahat , Tanjung Karang dan Kuala Lumpur. Semoga Syawal kali ini sentiasa memberi keberkatan dan kebahagian buat kita semua. Maaf zahir dan batin.

Daripada: Leftenan kolonel, Rahmad TUDM, Mejar Siti Nurashikin Tahir dan keluarga
Lokasi : National Defence University Washington DC, Amerika Syarikat

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat keluarga di Selangor, Perak, Kedah serta Kelantan. Tidak dilupakan saudara-mara dan sahabat handai terutamanya di Group Hotwheels Hunter 2.0.

Daripada: Zaid, Aida dan Humaira
Lokasi: Christchurch, New Zealand

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI