fbpx

Remaja didakwa miliki, sunting bahan lucah pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMAJA lelaki 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulai, hari ini.

KULAI – Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dan menyunting gambar lucah pelajar sebuah sekolah menengah swasta di sini.

Tertuduh yang berusia 16 tahun kemudian mengaku bersalah atas tuduhan memiliki bahan lucah. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan menyunting gambar remaja perempuan menjadi bahan lucah.

Pengakuan tersebut dibuat di hadapan Majistret R. Salini dalam prosiding yang diadakan secara tertutup.

Mengikut pertuduhan pertama, remaja itu didakwa memiliki 14 keping gambar lucah dalam telefon bimbitnya jenis Xiomi. Kesalahan dilakukan di Taman Indahpura, Kulai pada pukul 5.28 petang, 8 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menghasilkan bahan penganiayaan seksual mangsa berusia 17 tahun dengan cara menyunting gambar menjadi gambar lucah. Perbuatan itu dilakukan di lokasi sama pada pukul 12.40 tengah hari, 9 April lalu.

Mahkamah membenarkan remaja itu dikat jamin sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan. Tarikh 23 Jun ditetapkan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Thiviya manakala tertuduh diwakili peguam, T. C. Lim.

Terdahulu, tertuduh yang berpakaian putih dibawa ke Mahkamah Kulai dengan diiringi anggota polis kira-kira pukul 8.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI