fbpx

Rampas 7 senjata api, 186 peluru dari pesara swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein menunjukkan Jata Kerabat Diraja Palsu yang digunakan pada kenderaan suspek -Foto oleh AFIQ RAZALI /KOSMO!

SHAH ALAM – Perbuatan seorang pesara swasta menyimpan tujuh senjata api sebagai koleksi peribadinya tanpa lesen membawa padah apabila ditahan di rumahnya di Serendah, dekat sini kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 5 petang itu, turut merampas empat magazine bersama 186 peluru pelbagai jenis daripada suspek berusia 69 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati suspek telah menyimpan kesemua senjata itu antara 10 hingga 20 tahun.

Katanya, kesemua senjata itu adalah hasil pemberian daripada rakan kenalannya.

Ini antaranya dua pucuk pistol masing-masing jenis Revolver dan CZ 75 Compact Cal. 9, selaras senapang jenis Cal 22/5.5M selain empat senapang angin antaranya menyerupai AK47, M4 dan pistol jenis Glock P38 serta sekotak taser gun.

“Semakan mendapati tiga ada senjata api betul dan empat lagi senjata angin.

“Kesemuanya disimpan di peti keselamatan dan almari khas rumahnya,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menjelaskan, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut sama ada senjata api tersebut digunakan dalam mana-mana kejadian jenayah selain mengesan individu yang memberikan senjata itu.

Tambah Hussein, hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek menggunakan Jata Kerabat Diraja Perak palsu di dua buah kenderaannya masing-masing jenis BMW dan Mitsubhi Triton Mitsubishi Triton.

“Ini selepas semakan dibuat dengan Pejabat Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) mendapati tiada sebarang rekod penerimaan darjah kebesaran, pingat, gelaran atau anugerah daripada Institusi Diraja Malaysia ke atas suspek,” tegasnya.

Jelasnya, polis telah merakam lima keterangan saksi setakat ini dengan suspek kini direman selama enam hari sehingga 27 April ini.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971, Seksyen 36 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963 (Penggunaan tidak wajar) pindaan 2016,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Caption

Hussein menunjukkan senjata api yang dirampas daripada suspek tersebut. FOTO : AFIQ RAZALI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI