fbpx

PRK Ayer Kuning: Calon BN optimis raih sokongan pengundi kelabu dan hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Yusri (dua dari kanan) menyantuni pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Petalin, Bidor di Tapah hari ini.

TAPAH – Calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mohamad Yusri Bakir optimis mampu meraih sokongan pengundi di kawasan dikategorikan kelabu dan hitam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Menurutnya, usaha sehabis baik telah dilakukan pasukannya sepanjang kempen dijalankan bagi mengembalikan semula keyakinan golongan itu untuk memberi sokongan kepada calon kerajaan.

“Kelabu dan hitam ini merupakan kategori sukar untuk ditembusi, tetapi saya cuba meraih undi. Diharap mereka dapat beri peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dalam tempoh berbaki berapa tahun lagi.

“Saya yakin kita berada di landasan yang betul dan setakat ini, maklum balas yang diterima adalah positif,” katanya di sini hari ini.

Menurut Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu, dalam setiap kempen yang disertainya, beliau akan menerangkan kepada pengundi mengenai misi dan visinya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat.

Bahkan katanya, penjelasan mengenai kepentingan mengundi calon parti kerajaan juga menjadi fokus utama bagi memastikan setiap permasalahan dan isu rakyat yang timbul nanti dapat diselesaikan segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI